Tuesday, July 28, 2009

BaRbEqUe @ KeRTeH......

awek-awek skk ..fewitt

aku yang kelaparan..

Dr hajar ngah masak bbq

Monday, July 27, 2009

PlaNt ViSit to KerTeH....







pic semasa berada di kerteh....

Wednesday, July 15, 2009

aduh x syok nye..

x best la group lab aku ni...ak ngan panjang kena join ngan dak cos laen...aduh apalah malang nye nasib kami..panjang pon x suka campur ni..drogba , xde jodoh la ngan ko hahahaha..

tapi atas sikap profesional, aku ngan panjang terima ngan seadanya..betol x panjang??? kita kan cool hehehe..minggu depan pulak ada program "plant visit ke kerteh"..tapi pihak bas cakap ada lebih sorang pulak..adoi sape yang patut aku singkirkan!!!!

aku x nak kecewakan harapan diorang yang selama ini terbuku di hati masing-masing...tapi jika aku x singkir nanti banyak pula masalah yang akan aku hadapi..YA Allah tolonglah hambamu ini..aku dalam dilema..

demi semangat cintakan pada batch skk ni..aku akan cuba bersikap profesional dan adil untuk menentukan.. jadi kepada sesiapa yang tidak dapat pergi aku memohon ribuan ampun dan maaf dan insyaAllah korang akan pergi ke plant visit ke Titan di Pasir Gudang..jangan marah ek ..nanti cepat tua..

KERTEH, TUNGGU AKU DI SANA DAN AKU NAK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA AJK PELAKSANA YANG SAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN PROGRAM INI..SEMOGA PENGALAMAN INI DAPAT MEMBERIKAN KITA SATU MOTIVASI UNTUK KITA SEBELUM MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN..

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN

Di bawah ini terdapat sedikit onfo tentang petronas:

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Jenis Awam
Ditubuhkan 17 Ogos 1974
Ibu pejabat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur,
Bendera Malaysia Malaysia
Orang utama Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, CEO Kumpulan dan Presiden
Industri Minyak dan gas
Produk Minyak
Gas asli
Pembuatan Petrokimia
Perkhidmatan perkapalan
Hasil 51.0 bilion USD (2007)
Pendapatan bersih 14.4 bilion USD (2007)
Pekerja 33,944 seluruh dunia
Laman web www.petronas.com.my

PETRONAS yang bertitik-tolak daripada sebuah badan kerajaan Perbadanan Minyak Malaysia telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. PETRONAS atau Petroliam Nasional Berhad telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965.

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, PETRONAS telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu PERTAMINA.[1]

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

Tengku Razaleigh Hamzah
Raja Mohar bin Raja Badiozaman

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.

Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.

Saturday, July 4, 2009

UTM ...aku dah nak balik


yuhuuuuuu...kini aku kembali semula ke tempat aku menimba ilmu..nak kata aku epy x jugak sebab lepas ni kenala bangun awal pagi ada kuliah..huhuhuhu..kalau kat umah haram aku bangun pagi lepas subuh..paling cikai pun kol 7 hahahaha (aku memang bangun awal kat umah beb)..

masuk ni sem 5...pejam celik pejam celik dah 3 taun aku kat utm ni...banyak pengalaman pahit dan manis yang ada sepanjang aku bergelar mahasiswa kat sini...lupa nak gitau kat utm pergh ramai gadis hot a.k.a cun beb...aku teringat pesan cikgu Salleh yang ajar aku sejarah dulu masa form 5, dia cakap
" korang x yah fikir couple lagi masa sekolah menengah ni, nanti bila korang dah masuk matrik ke atau u ke lagi la ramai yang cantik..masa tu sampai x tau sape nak pilih hahaha"

projek yang aku jalankan lepas cuti ini ialah lawatan ke Kerteh oleh PPKK ..aku amatlah berharap yang projek ini berjalan lancar..walaupun banyak dugaan yang akan berlaku tetapi aku harap dapat ditangani dengan sebaiknya..kepada kawan-kawan sekalian baju korporat skk telah pun siap dan insyaAllah dalam minggu depan korang boleh dapat baju tu.. ni la design baju 2 kalo ada sape yang nak tengok


last but not least, aku harap sem depan lebih berjaya dari sem sebelum ini...dan aku juga mengharapkan PPKK akan lebih aktif pada masa akan datang...byeeeee

Wednesday, July 1, 2009

ape kejadahnya??

pic kat atas ni sapupu aku ( xde kena mengena ngan cite kat bawah)

Aku baru je baca harian metro pagi tadi..aku x sangka rupanya universiti yang aku sayangi telah mengalami satu kejadian yang maha dasyat...

Ada sorang wanita telah ditemui mati kat bilik hostel dengan anak nye ketika bersalin..yang aku herannya kenapa kejadian itu berlaku 2 hari selepas mangsa ditemui mati..aku begitu x sangka kejadian ni berlaku di UTM..

Aku arap kepada mereka yang fikir nak wat menda2 yang x senonoh ni..pikir la kalau boleh 1 juta kali..bukan ape kalo dah terlanjur buruk padahnya..kalau la budaya orang Malaysia ni macam kat barat..aku rasa perempuan yang meninggal ni selamba je lahir kat tempat awam..xde la nk cover2 bersalin kat tempat yang orang x nmpak kan..

Aku pon xleh nak tuduh sembarangan jugak..entah2 aku pon buat jugak nanti kalo nafsu x tahan..tapi arap2 minta la dijauhkan..takut wo dosa besar..

Kepada mereka yang menjadikan anak dara orang ni pemuas nafsu a.k.a perosak anak dara (PAD)..aku ingatkan la bahawa Allah itu Maha Adil..kalo kita merosakkan orang lain..suatu hari nanti kita juga akan dirosakkan ..kalau x kena kat kita maybe kena pada orang yang kta sayangi

perah otak