Thursday, September 24, 2009

BaLik KamPunG...

sorry la kalo dah lama x update blog ni...almaklumlah sejak raya ni..makin busy la plak layan sedara-mara yang datang umah...walaupun aku sebenarnya x layan sangat coz aku banyak tengok tv ...bukan selalu pun tengk tv..jarang-jarang je hehehehe..

aku nak kita imbas kembali perbezaan raya dahulu dan raya sekarang....

Raya dahulu :
  1. zaman dahulu kalo time raya memang meriah ngan meriam,mercun dan yang seumpama dengannya sampai kalo boleh nak lawan sape paling kuat antara kampung..2 pon kalo x terkorban la hahahaa..
  2. zaman dahulu budak-budak suka g ziarah umah-umah walaupon x dikenali untuk dapat duit raya ..sampai ade yang bertaruh sape yang dapat kutip banyak duit raya..dia la yang paling kaya..
  3. kueh raya pulak banyak wat sendiri je..sampaikan aku rasa kalo diorng join bina badan confirm menang coz muscle diorg yang akan bertambah kalo nak kaco dodol, gaul tepung dan kaco telor nak wat bahulu punye pasal...
  4. lagu raya paling best zaman dulu punye la coz lagi feeling..sampaikan mmg wajib pasang tyme ari raya contohnye dendang perantau...
zaman sekarang :
  1. mercun susah dah nak dapat coz banyak serbuan dengan polis..so kalo ade yg maen pon..sikit je sekarang hahaha..byk anta mercun pakai facebook je..seng dan pantas ..
  2. budak sekrang banyak duk umah je coz banyak program raya yang best-best tyme raya yang xde msa ari-ari laen...xpon diorg duk umah je..org laen yg dtg umh bg duit raya kat dye mcm aku la...aku kan muka budak lagi hehehe
  3. kueh banyak beli je..orang sekarang kan busy gler ...x sempat nak wat..sampaikan aku pon pelik ni kueh ke atau jajan hahahaa
  4. lagu zaman sekarang banyak merapu.. ade yang style hip-hop la, rapp la..xde feeling langsung..dengar sekali terus campak dalam tog sampah je.
so, kesimpulan nye raya 2 raya la..korg nk raya suka ati korang la...yang penting jangan lupa semayang raya..lepas ni kalo boleh pose 6 pulak ek..x lambat lagi aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir je taw..batin tggu kawen la hahaha..chow

Thursday, August 27, 2009

tANda KiAmAt

Pasti semua orang tahu apa itu Hari Kiamat. Kiamat adalah hari di mana akan mati segala hidupan dan akan musnahlah segala-galanya di muka bumi ini. Pada hari itu tiada seorang pun terkecuali dari menghadapi betapa gerunnya Kiamat.

Aku terpanggil membuat entri ini sejak terbaca tentang perbincangan dalam entri kisah tahun 2012 yang mana mengatakan bahawa pada tahun itu Kiamat akan tiba, Wallahualam. Jadi aku ingin mengajak anda semua mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan berlaku sebelum tibanya Kiamat. Berikut adalah tanda-tanda besar yang akan berlaku sebelum Kiamat:

1. Munculnya Imam Mahdi

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Akan keluarlah manusia dari sebelah timur, lalu mereka pergi menemui Mahdi, yakni untuk mengikuti pemerintahannya”. Imam Mahdi yang dijanjikan akan datang di akhir zaman itu dikatakan akan mucul dari timur dan mereka akan melantiknya di Mekah. Beliau akan memimpin dunia selama lima, tujuh atau sembilan tahun dan pada zamannya nanti ajaran Islam dapat ditegakkan, musuh-musuh Islam takut akannya, pemerintahannya tiada cacat cela, tiada kezaliman dan kebaikan berkekalan. Beliau menguasai dunia seperti Nabi Allah Sulaiman.

2. Munculnya Al-Masih Dajjal

Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.

Pada akhir zaman nanti kemarau panjang akan berlaku, hujan tidak turun dengan lamanya, tumbuhan tidak tumbuh dan dunia semakin kering kontang, sementara manusia dalam kelaparan, kehausan dan banyak penyakit melanda. Ketika itulah akan munculnya Al-Masih Dajjal dengan hebatnya. Dia memerintahkan langit menurunkan hujan dan dia menyuruh bumi mengeluarkan tumbuhan, dan ia benar-benar berlaku. Kemudian dia menyuruh sungai supaya mengalir membasahi kekeringan bumi.

Dajjal menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.

Dajjal berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu dicampakkan ke neraka milik Dajjal.

Orang-orang yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya dijaga oleh Malaikat.

Bilangan orang-orang mukmin semakin sedikit lalu mereka lari ke puncak Bukit Dukhan untuk menyelamatkan diri dari Dajjal serta pengikutnya yang terdiri dari bani Iblis dan Bani Adam yang ramai dan kahirnya mereka dikepung di sana. Mereka ketakutan dan kelaparan berikutan tiada makan dan minuman di sana dan hanya mampu berdoa, berzikir, bertasbih dan bertahmid dengan kuat meminta pertolongan Allah. Tentera Dajjal tak dapat mendekati mereka kerana bacaan yang kuat itu.

Berbulan-bulan mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata. Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.

3. Turunnya Isa bin Maryam

Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.

Turunnya Nabi Isa diriwayatkan bahawa beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di Timur Damsyik dengan memakai pakaian kuning pada waktu fajar. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua Malaikat. Kulitnya putih kemerah-merahan dan terdapat nur di wajahnya. Beliau akan menghancurkan salib-salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai dan tidak membayar zakat kerana waktu itu tiada seorang pun yang berhak menerimanya. Tiada lagi cemburu, dengki , marah-memarahi antara satu sama lain, dunia berjalan dengan aman dan lancar.

Bumi akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.

4. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.

Telah tiba masanya lalu dengan izin Allah maka hancurlah dinding yang menahan kaum Yakjuj Makjuj dari melihat dunia selama ini. Mereka pun turun dari celahan gunung itu dengan lajunya seperti empangan yang pecah mengeluarkan airnya. Lalu Yakjuj Makjuj meminum dan memakan apa sahaja yang mereka jumpai sehingga kering air sungai dan perigi. Manusia ketika itu semuanya ketakutan dan bersembunyi, mereka memohon agar Nabi Isa menghancurkan Yakjuj dan Makjuj. Maka berdoalah Isa ke hadrat Allah dan berkat doanya, lalu Allah mengirimkan ulat kepada Yakjuj Makjuj dan mereka mati kesemuanya.

5. Matahari Terbit Dari Barat

Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.

—————————————-

Dah penat membaca menambah ilmu agama? Kepada yang dah tahu kisah ini, anda memang seorang yang prihatin dan kepada yang belum tahu, tahniah kerana anda selesai baca tanda-tanda besar Kiamat ini. Nantikan sambungannya di episod 2 kisah ini.

Friday, August 21, 2009

RamAdHan DataNg LaGi.........

Assalamualaikum semua...

Ramadhan ialah satu bulan yang di mana terdapat banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang laen..bagiku ini lah bulan yang terdapat banyak kelebihan especially aku sebagai seorang mahasiswa ini..

Teringat aku semasa kecil-kecil dahulu ketika aku mula belajar puasa ( x silap aku masa aku darjah 3 kot ).. aku telah melakukan banyak benda-benda yang kurang asam seperti curi makan kat dapur, minum air paip hehehe lepas gi maen bola dan banyak lagila benda0benda pelik yang aku wat...bila teringat kan kembali kadang-kadang nak gelak pon ade tapi masa tu xpela kot yela belum baligh lagi hehehhee..sekarang apabila aku sudah menginjak ke alam dewasa baru aku faham yang kita sebagai hamba Allah diwajibkan berpuasa kerana puasa itu merupakan salah satu amalan yang tersimpan 1001 rahsia yang tersembunyi..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah yang bermaksud :
" Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas umat yang terdahulu..semoga kamu bertaqwa "

Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa.Disenaraikan antara kelebihan orang yang berpuasa :
  1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum dari limau kasturi di sisi Allah
  2. Puasa dapat menahan nafsu seseorang
  3. Menjadikan tubuh badan kita lebih sihat kerana perut dapat berehat dari melakukan proses penghadaman setelah berbulan-bulan bekerja.
  4. Menjimatkan duit
  5. Menjadikan kita lebih bertaqwa kepada -Nya
  6. Pahala dapat digandakan
Oleh itu, marilah kita beramai-ramai menjalankan ibadat puasa ini sebagai satu medium untuk kita lebih merapatkan diri kepada ilahi.. penuhilah rumah-rumah Allah dengan berterawih dan melakukan ibadat-ibadat laen..semoga ibadat kita dapat diterima oleh Allah dan diletakkan kita sebagai orang-orang yang bertaqwa..

p/s : Jangan ponteng pose tau..nanti tuhan marah hehehehe..

Monday, August 3, 2009

MengGemParkan DuNia...

pada keheningan malam itu..aku mula merasakan terdapat sesuatu sinaran yang sangat terang mengalahkan lampu yang Ultraman guna kalo dia dah nyawa-nyawa ikan tu..aku tidak menghiraukan sangat pun kerana medula oblongataku mengatakan itu adalah lampu jamban dekat aras aku je..mana la tau ada manusia-manusia yang ingin mengeluarkan pepejal (solid waste) ke dalam satu lubang yang maha dasyat jikalau ada henset termasuk ke dalam lubang tu..

tetapi naluri sejatiku sebagai seorang lelaki tulen ingin melihat apakah terjadi di jamban tersebut...kakiku mula melangkah setapak demi setapak bagaikan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa jepunnya..ini bukan satu peristiwa menakutkan ..juga bukan cerita jangan pandang belakang bontot kuali atau congkak atau bontot sendiri ...tapi lebih kepada perasaan hatiku yang cuak-cuak berani mengatakan aku adalah cicakman@batman@spenderman yang ingin menyiasat kenapa malam ini pelik semacam je rasanya...

nak cakap bulu x meremang tu xyah cakap la.semua bulu meremang kot lebih-lebih lagi bulu kat tempat sensitif (jangan fikir bukan-bukan) ..maksud aku bulu hidung..lalu semakin dekat aku menghampiri jamban tersebut semakin aku terbau satu bau yang sangat menusuk bukan sahaja je kalbu bahkan juga ke jantung,limpa,testis dan laen-laen lagi...tapi bau ini sangat pelik kerana bau ini macam pernah aku hidu tapi di mana ek...hurmmmmmmm kemusykilan melanda diriku ini ...

lalu aku menghampiri pintu jamban tersebut ..dalam fikiran aku mungkinkah ada jembalang @ hantu @ lembaga bukan lembaga hasil dalam negeri (LHDN) tetapi lembaga yang ada iras-iras hantu + toyol + langsuir = lembaga misteri
apabila aku membuka pintu jamban tersebut maka terkejut beruk aku melihat beruk sedang menyanyi..eh bukan tetapi aku melihat ada satu lembaga memang menakutkan iaitu kawan aku Samad sedang makan maggi dalam toilet..ape la bangang sangat makan maggi dalam jamban bro?? dia cakap aku malas la nak masak air panas..so aku guna air panas shower ni la..kan boleh adjust nak panas ke sejuk..adoi ada jugak orang bongok kat dunia ni macam dia..ko tak rasa jijik ke makan dalam jamban?? ala aku tak jijik la, kan ni tempat orang mendapat ilham hahahaha masa sakit perut..

moral : masak maggi biarlah kena pada tempatnye..lu pikir la sendiri..
nukilan : faka si rempit


Tuesday, July 28, 2009

BaRbEqUe @ KeRTeH......

awek-awek skk ..fewitt

aku yang kelaparan..

Dr hajar ngah masak bbq

Monday, July 27, 2009

PlaNt ViSit to KerTeH....







pic semasa berada di kerteh....

Wednesday, July 15, 2009

aduh x syok nye..

x best la group lab aku ni...ak ngan panjang kena join ngan dak cos laen...aduh apalah malang nye nasib kami..panjang pon x suka campur ni..drogba , xde jodoh la ngan ko hahahaha..

tapi atas sikap profesional, aku ngan panjang terima ngan seadanya..betol x panjang??? kita kan cool hehehe..minggu depan pulak ada program "plant visit ke kerteh"..tapi pihak bas cakap ada lebih sorang pulak..adoi sape yang patut aku singkirkan!!!!

aku x nak kecewakan harapan diorang yang selama ini terbuku di hati masing-masing...tapi jika aku x singkir nanti banyak pula masalah yang akan aku hadapi..YA Allah tolonglah hambamu ini..aku dalam dilema..

demi semangat cintakan pada batch skk ni..aku akan cuba bersikap profesional dan adil untuk menentukan.. jadi kepada sesiapa yang tidak dapat pergi aku memohon ribuan ampun dan maaf dan insyaAllah korang akan pergi ke plant visit ke Titan di Pasir Gudang..jangan marah ek ..nanti cepat tua..

KERTEH, TUNGGU AKU DI SANA DAN AKU NAK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA AJK PELAKSANA YANG SAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN PROGRAM INI..SEMOGA PENGALAMAN INI DAPAT MEMBERIKAN KITA SATU MOTIVASI UNTUK KITA SEBELUM MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN..

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN

Di bawah ini terdapat sedikit onfo tentang petronas:

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Jenis Awam
Ditubuhkan 17 Ogos 1974
Ibu pejabat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur,
Bendera Malaysia Malaysia
Orang utama Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, CEO Kumpulan dan Presiden
Industri Minyak dan gas
Produk Minyak
Gas asli
Pembuatan Petrokimia
Perkhidmatan perkapalan
Hasil 51.0 bilion USD (2007)
Pendapatan bersih 14.4 bilion USD (2007)
Pekerja 33,944 seluruh dunia
Laman web www.petronas.com.my

PETRONAS yang bertitik-tolak daripada sebuah badan kerajaan Perbadanan Minyak Malaysia telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. PETRONAS atau Petroliam Nasional Berhad telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965.

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, PETRONAS telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu PERTAMINA.[1]

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

Tengku Razaleigh Hamzah
Raja Mohar bin Raja Badiozaman

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.

Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.

perah otak