Friday, August 21, 2009

RamAdHan DataNg LaGi.........

Assalamualaikum semua...

Ramadhan ialah satu bulan yang di mana terdapat banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang laen..bagiku ini lah bulan yang terdapat banyak kelebihan especially aku sebagai seorang mahasiswa ini..

Teringat aku semasa kecil-kecil dahulu ketika aku mula belajar puasa ( x silap aku masa aku darjah 3 kot ).. aku telah melakukan banyak benda-benda yang kurang asam seperti curi makan kat dapur, minum air paip hehehe lepas gi maen bola dan banyak lagila benda0benda pelik yang aku wat...bila teringat kan kembali kadang-kadang nak gelak pon ade tapi masa tu xpela kot yela belum baligh lagi hehehhee..sekarang apabila aku sudah menginjak ke alam dewasa baru aku faham yang kita sebagai hamba Allah diwajibkan berpuasa kerana puasa itu merupakan salah satu amalan yang tersimpan 1001 rahsia yang tersembunyi..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah yang bermaksud :
" Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas umat yang terdahulu..semoga kamu bertaqwa "

Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa.Disenaraikan antara kelebihan orang yang berpuasa :
  1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum dari limau kasturi di sisi Allah
  2. Puasa dapat menahan nafsu seseorang
  3. Menjadikan tubuh badan kita lebih sihat kerana perut dapat berehat dari melakukan proses penghadaman setelah berbulan-bulan bekerja.
  4. Menjimatkan duit
  5. Menjadikan kita lebih bertaqwa kepada -Nya
  6. Pahala dapat digandakan
Oleh itu, marilah kita beramai-ramai menjalankan ibadat puasa ini sebagai satu medium untuk kita lebih merapatkan diri kepada ilahi.. penuhilah rumah-rumah Allah dengan berterawih dan melakukan ibadat-ibadat laen..semoga ibadat kita dapat diterima oleh Allah dan diletakkan kita sebagai orang-orang yang bertaqwa..

p/s : Jangan ponteng pose tau..nanti tuhan marah hehehehe..

No comments:

Post a Comment

perah otak