Teringat masa kecil-kecil dahulu ketika aku bersekolah di kelantan..ketika itu hari Jumaat ialah hari cuti mingguan..begitu mudah hendak pergi solat jumaat seawal mana pon boleh. Mereka yang mengikut Imam Ghazali melalui ihya Ulumuddin akan mula bergerak seawal pagi sebagai persiapan untuk sembahyang jumaaat kerana di situla terdapatnya fadhilat dan keistimewaan yang tiada pada hari yang lain.
Samapi di masjid,banyak ruang boleh dipilih kerana masih awal. Boleh melakukan pelbagai ibadat seperti membaca al-Quran dan berzikir. Sesungguhnya Jumaat adalah kemuncak minggu dan solatnya menjadi tumpuan kerohanian.
Apabila aku datang ke Kuala Lumpur pada awal cuti semester dahulu..maka mula dirasakan hari Jumaat sudah tidak menjadi begitu istimewa untuk tumpuan ibadat..ramai penduduk mula menghiraukan untuk beribadat semata-mata mengejar dunia yang belum pasti kekal selamanya..mereka bekerja sehingga pukul 12 harus bersegera untuk makan..jika tidak masa soalt jumaat akan kelaparan menyebabkan tidak khusyuk.
Sememangnya tidak ada cuti rehat atau sabbath dalam islam..agama ini tidak seperti yahudi yang menetapkan Sabtu sebagai cuti rehat dan kristian pula memilih hari Ahad sebagai cuti untuk mereka beristirehat..dalam islam hari Jumaat bukanlah hari cuti dan ianya hanyalah hari bagi menunaikan sembahyang Jumaat..sebaik saja azan dikumandangkan, semua pekerjaan dan perniagaan mesti biberhentikan..selepas solat bertebaranlah untuk mencari rezeki..
Malangnya di Malaysia ini, ketika kaum muslimin sibuk menunaikan sembahnyang Jumaat, wanita islam sibuk membeli-belah, adakalanya makan dengan rakan sekerja lelaki bukan muslim..adakah patut!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment