Wednesday, July 15, 2009

aduh x syok nye..

x best la group lab aku ni...ak ngan panjang kena join ngan dak cos laen...aduh apalah malang nye nasib kami..panjang pon x suka campur ni..drogba , xde jodoh la ngan ko hahahaha..

tapi atas sikap profesional, aku ngan panjang terima ngan seadanya..betol x panjang??? kita kan cool hehehe..minggu depan pulak ada program "plant visit ke kerteh"..tapi pihak bas cakap ada lebih sorang pulak..adoi sape yang patut aku singkirkan!!!!

aku x nak kecewakan harapan diorang yang selama ini terbuku di hati masing-masing...tapi jika aku x singkir nanti banyak pula masalah yang akan aku hadapi..YA Allah tolonglah hambamu ini..aku dalam dilema..

demi semangat cintakan pada batch skk ni..aku akan cuba bersikap profesional dan adil untuk menentukan.. jadi kepada sesiapa yang tidak dapat pergi aku memohon ribuan ampun dan maaf dan insyaAllah korang akan pergi ke plant visit ke Titan di Pasir Gudang..jangan marah ek ..nanti cepat tua..

KERTEH, TUNGGU AKU DI SANA DAN AKU NAK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA AJK PELAKSANA YANG SAMA-SAMA BERGANDING BAHU MENJAYAKAN PROGRAM INI..SEMOGA PENGALAMAN INI DAPAT MEMBERIKAN KITA SATU MOTIVASI UNTUK KITA SEBELUM MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN..

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN

Di bawah ini terdapat sedikit onfo tentang petronas:

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
Jenis Awam
Ditubuhkan 17 Ogos 1974
Ibu pejabat Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur,
Bendera Malaysia Malaysia
Orang utama Tan Sri Dato’ Mohd Hassan Marican, CEO Kumpulan dan Presiden
Industri Minyak dan gas
Produk Minyak
Gas asli
Pembuatan Petrokimia
Perkhidmatan perkapalan
Hasil 51.0 bilion USD (2007)
Pendapatan bersih 14.4 bilion USD (2007)
Pekerja 33,944 seluruh dunia
Laman web www.petronas.com.my

PETRONAS yang bertitik-tolak daripada sebuah badan kerajaan Perbadanan Minyak Malaysia telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. PETRONAS atau Petroliam Nasional Berhad telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat-Syarikat 1965.

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, PETRONAS telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan PETRONAS ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu terpengaruh dengan kejayaan syarikat minyak milik Indonesia iaitu PERTAMINA.[1]

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.

Tengku Razaleigh Hamzah
Raja Mohar bin Raja Badiozaman

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.

Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.

2 comments:

  1. ko singkirkn je diri ko..
    bia org len jd ktua..
    hehehe..

    ReplyDelete
  2. haha..tmbh la bas lg 1..pastu bg same rate..

    ReplyDelete

perah otak